Khas untuk sahabat2 ana sekalian..Sedikit tazkirah untuk dikongsi bersama....
Di dalam sejarah Islam, telah menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda-pemudi Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam perjuangan Islam, maka Rasulullah s.a.w. begitu mengambil berat terhadap pendidikan golongan pemuda. Buktinya, mereka yg mula2 memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah s.a.w. adalah dari kalangan pemuda-pemuda yg umur mereka lebih muda drp Rasulullah s.a.w. sendiri spt Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan lain-lain lagi.
Sementara mereka yg menyertai golongan penentang dakwah Rasulullah s.a.w. ialah drp golongan tua yg menganggap diri mereka lebih banyak makan garam drpd org lain spt Abu Jahal, dan lain-lain. Golongan pemuda Islam pada hari ini pula seolah-olah telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Mereka berpegang dgn slogan zaman muda hanya sekali..hmmm..di sebabkan itulah mereka bebas melakukan apa saje yg diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yg dibisikan oleh syaitan dlm hati mereka.
Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam hari ini sudah x lg mengingati Allah SWT spt meninggal sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sgt membebankan mereka. Seolah-olah lebih payah drpd mendaki gunung yg tinggi atau berenang di dalam lautan api..kata2 yg sering di dengar" ala..malas la nak solat..x larat.. " ish..ish..apa nak jadi dgn diorg ni..Solat tu kan tiang agama..Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka dgn bermain dan berfoya-foya..

Pergaulan bebas yg berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan yg sah menyebabkan berlaku gejala sosial seperti berzina, rogol dan membuang anak yg lahir drp perbuatan zina..na'uzubillahi min zalik...Jika kaum jahiliyyah sebelum datangnya Islam dihina kerana pembunuhan kanak-kanak perempuan yg baru lahir secara ditanam hidup-hidup, maka ada pemuda-pemudi Islam ari ni lebih hina kerana membunuh anak yg baru lahir hasil drp perbuatan zina tidak lg mengira lelaki atau perempuan, bukan lg ditanam tetapi dibunuh begitu sahaja di dalam longkang, tong sampah dan di sungai yg kemudiannya menjadi santapan istemiwa burung gagak, ular sawa, biawak, buaya dan anjing liar.
Pemuda-pemudi Islam juga menjadi penagih dadah, yg mana mereka telah mengambil ganja, pil khayal, ubat batuk dan sebagainya. Mereka ini bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga menyusahkan org lain. Kerana merekalah ibu bapa menjadi malu, kerana merekalah masyarakat tidak tenteram kerana berlakunya kes-kes kecurian dan rompakan.
Begitulah sebahagian drpd contoh kerosakan akhlak muda-mudi ari ni..persoalanya, siapa yg bersalah? Kita x boleh menuduh org lain melainkan kita la yg kena bersama-sama membuat perhitungan sendiri. Kita jugak x boleh bergaduh sesama sendiri utk menentukan siapa yg salah siapa yg betul. Tidak ada seorang pun yg terkecuali drp tanggungjawab nie bermula drp seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Marilah sama-sama kita membentuk diri kita menjadi seorang yg patuh kepada Allah SWT.
Marilah kita sama-sama membentuk sebuah keluarga Islam yg terdiri drp ibu bapa dan anak-anak yg beramal dengan ajaran Islam sehingga sebuah rumahtangga itu disifatkan dengan "Baiti Jannati "
Hasil drp setiap keluarga Islam yg beramal dan patuh terhadap ajaran Islam, maka akan lahirlah pula masyarakat Islam dan negara Islam yg diberkati dan diberi rezeki yg melimpah ruah oleh Allah SWT. Aminn......


Thanks..
Ain87















