Sunday, December 19, 2010

WANITA DAN WANGIAN



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM







Antara kesilapan kerap yg dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume’ sewaktu keluar dari rumahnya.

Kebanyakkan mereka berkata “ Ala,takkan nak badan kami bau busuk”

Ish..ish..Busuk atau tidak itu adalah bergantung kpd sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yg sedikit juga harus. Bagaimanapun, yg menjadi masalah kini adalah yg bergeluman dgn wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pn sudah dpt dihidu baunya.


Nabi SAW mengingatkan kpd kaum wanita dengan sabdanya:


ايما امرأة استعطرت ، فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية ، وكل عين رأت زانية


Ertinya: “Mana-mana wanita yg berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yg (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yg berzina.” ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani:Hasan Sohih)


Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

“Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian.” Kata seorang wanita.


Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dgn segala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yg buas, tika itu, janganlah ia marahkan si lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, byk aurat yg terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas’, sukar nak jaga, permintaan boss dan syarikat, ‘utk Nampak elegan’, supaya tak Nampak mcm mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya UTK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini.


Akhir kata, wanita yg terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah…Pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yg kekak buat selamanya.Amin..


indahnya wanita solehah..(^_^)




AIN87
SYUKRAN

SURAT UNTUK CALON ZAUJKU



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM









Assalamualaikum. Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaan-Nya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pasanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah…




Calon zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan oleh mak dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud;

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang.”
(Surah Ar-Rum : 21)



Jika keturunan mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah bahawa keluargaku bukanlah dari keturunan ternama. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S. sama sepertimu…

Kecantikan, itulah pandangan setiap insan. Malah, aku yakin kau juga tidak terlepas seperti insan lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripadaku, kau telah tersalah sangka. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan kepadamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata…




Calon suamiku yang kuharapkan semoga mendapat keredhaan Ilahi,

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama menegakkan dakwah Islamiah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markaz dakwah dan tarbiah ke arah jihad hamba-Nya kepada pencipta-Nya yang Agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau, dan anak-anak kita.




Calon suamiku yang dirahmati,

Inginku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya maharku sebuah qalam mulia; Al-Quran, kerana aku meyakini qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaan-Nya, bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap agama Allah ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoret warkah ini. Cukuplah dahulu buat tika ini, andai dizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.





Sumber: Si Pengemis Iman











AIN87
SYUKRAN



Saturday, December 18, 2010

RAHMAT UJIAN



Bismillahirrahmanirrahim







Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yg remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai pelbagai tafsiran


Segala takdir

Terimalah dengan hati yg terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji setiap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yg terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu



Sumber: Helwa:i-Tech ‘05-06’

AIn87

Syukran












Sunday, September 5, 2010

4 LeLaKi ditAriK WaNiTa





Bismillahirahmanirrahim…..









Seseorang wanita itu di Akhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka, Na’uzubillah!! Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikulnya!


AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya bebas tanpa dikawal syariat, walaupun ia telah memberi kemewahan dunia pada anaknya itu. Ayah tersebut tetap akan ditarik oleh anaknya jika anak perempuannya ke Neraka.


SUAMI

Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk dan mendidik isterinya kepada agama. Tidak menegur isteri bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila isterinya ke Neraka, ia akan menarik suaminya walaupun alim, kuat ibadah dan puasanya kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang diamanahkan Allah untuk mendidik dan memimpinnya.


ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh tanggungjawabnya pada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ibunya akan menarik anak lelakinya ke neraka jika anaknya mempunyai pengetahuan tetapi tidak pernah mengajarnya.


Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar dirinya selamat di akhirat kelak.

Duhai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah SWT bersungguh-sungguh dan ikhlas.


Semoga Kita dan seluruh ahli keluarga selamat di akhirat dan mandapat rahmat Allah serta terhindar dari azabNya…Aminn….






Ain87
Syukran