Sunday, May 9, 2010

BuAt InSaN Yg BerGeLaR WaNiTa..



Bismillahirahmanirrahim…


Wahai kakakku….

Kenapakah lemah sungguh kaum Hawa itu…

Asyik berteman tangis dan sendunya sahaja…









Wahai adikku…

Wanita itu bukan lemah kerana tangis dan sendunya..

Tetapi di situlah wahai adikku, kekuatan yang boleh meleburkan ego seorang lelaki…

Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki..

Kerana sendu rayunya, Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun.

Duhai adikku…

Lembut wanita bukan lemah..

tetapi senjata…


Namun wahai kakakku…

Wanita itu fitnah dunia…






Pernahkah adikku dengar..

Pesanan dari Ilahi pada hambaNya?

“ Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu ”

Cuba adik nilai

Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?

Pada hambaNya yang bergelar AR-RIJAL..

Kerana andainya si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya..

Kerana di situlah kehormatanya

Fitnah tidak akan terjadi jika AR-RIJAL dan AN-NISA’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!

Sesungguhnya wanita yang beriman, yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.


Tapi kakakku..

Kenapa wanita itu menjadi peragaan?

Tidakkah mereka merasa malu?








Wahai adikku sayang…

AL-HAYA’ ( sifat malu ), ada di dalam diri setiap Insan

Wujudnya seiring dengan nafas insan

Dan AL-HAYA’ itulah pakaian Iman

Pada diri wanita itu, indah AL-HAYA’ sebagai benteng diri..

Namun…

Bila mana AL-HAYA’ itu lebur

Imannya runtuh..

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid

Merasakan diri belum cukup menarik

Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku sayang…

Janganlah adik risau..

Jikalau tiada lelaki yang hadir memetikmu..

Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu...menggugurkan diri

Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu….










Ain87
Thanks