Sunday, September 5, 2010

4 LeLaKi ditAriK WaNiTa





Bismillahirahmanirrahim…..









Seseorang wanita itu di Akhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka, Na’uzubillah!! Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikulnya!


AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya bebas tanpa dikawal syariat, walaupun ia telah memberi kemewahan dunia pada anaknya itu. Ayah tersebut tetap akan ditarik oleh anaknya jika anak perempuannya ke Neraka.


SUAMI

Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk dan mendidik isterinya kepada agama. Tidak menegur isteri bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila isterinya ke Neraka, ia akan menarik suaminya walaupun alim, kuat ibadah dan puasanya kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang diamanahkan Allah untuk mendidik dan memimpinnya.


ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh tanggungjawabnya pada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ibunya akan menarik anak lelakinya ke neraka jika anaknya mempunyai pengetahuan tetapi tidak pernah mengajarnya.


Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar dirinya selamat di akhirat kelak.

Duhai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah SWT bersungguh-sungguh dan ikhlas.


Semoga Kita dan seluruh ahli keluarga selamat di akhirat dan mandapat rahmat Allah serta terhindar dari azabNya…Aminn….






Ain87
Syukran

No comments:

Post a Comment