Bismilahirrahmanirrahim.....
Dalam menjalani kehidupan dunia sebagai manusia pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dgn pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan atau kegagalan. Itulah hakikat manusia yg hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran dan ana sendiri pun pernah mengalaminya. Ujian yg dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yg lain. Mungkin ada diantara kita diuji dgn kegagalan dlm sesuatu perkara. Cthnya: gagal dlm peperiksaan, dan ada yg diuji dgn penindasan dan masalah , ada yg diuji dgn kebaikan, kekayaan , kemiskinan dan sebagainya.
Tapi...apa kita akan rasa, jika tidak dapat sesuatu yg kita inginkan walaupun kita telah berusaha? Semestinya kita akan rasa sedih dan kecewa kan..Jika kita di uji dgn suatu ujian/dugaan/masalah, adakah kita akan berdoa dan meminta pertolongan drp Allah S.W.T? Hmmm,..tidak semua yg akan buat sedemikian. Kebanyakannya, mereka akan sentiasa sedih ,kecewa, sedih, kecewa. Biasanya kita selalu dgr kata2 ni " Biarlah...kalau aku usaha pun tak akan berjaya jugak..mesti aku gagal lg " Haa!! Inilah sifat manusia sekarang. Yg mereka tahu hanya give up..give up....give up..Sampai bila nak jadi macam ni..Takkan nak give up je...
Ya Ayyuhal Muslimun!..
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Jangan mudah putus asa dgn kegagalan pertama dan kedua...Teruskan utk membaiki dari semasa ke semasa. Seperti kata pepatah " Yg pipih tidak akan datang melayang dan yg bulat tidak akan datang bergolek. Kita hendaklah sentiasa berusaha dan terus mencuba biarpun sering berdepan dgn kegagalan. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kegagalan. Setiap muslim mesti terus berusaha utk mencapai apa yg diharapkan kerana tidak ada kejayaan tanpa berusaha.
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ
مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.
Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Daripada ayat ini, dapat difahami hakikat kehidupan dunia ini adalah sebagai ujian, ia bertujuan utk menilai diri seseorang sama ada baik atau sebaliknya. Apabila kita menyedari inilah hakikat kehidupan, maka kita tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila kita menerima kegagalan atau tidak dapat mencapai apa yg kita inginkan walaupun kita telah berusaha.
Allah S.W.T melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dgn jelas dalam al-Quran bhw sifat putus asa bukanlah sifat seorang muslim. Seorang muslim adalah seorang yg tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dlm apa jua perkara.
Pesoalannya, bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dgn kegagalan tersebut? Bagaimana kita hendak mengelakkan perasaan kecewa dan putus asa atas kegagalan yg di alami? Mudah je....
- Sentiasa ingat bhw setiap ujian yg menimpa adalah utk menuntut kita utk menjadi yg lebih baik.
- Sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah S.W.T dlm segenap hal dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
- Bersabar dan sentiasa memikirkan peluang dan apa yg boleh dilakukan utk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya terlalu ikut dgn emosi dan hawa nafsu.
- Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmah disebaliknya.

Kegagalan bukan disebabkan peluang tiada. Allah S.W.T membuka seluas-luasnya peluang utk manusia berjaya mendapat apa yg dihajati. Namun liku-liku perjalanan utk mendapat apa yg dihajati berbeza antara satu sama lain.
p/s : Org berjaya sentiasa melihat kegagalan sbg peluang membolehkannya membina kejayaan. Dia terpaksa bersusah payah utk menukar kegagalan sbg kejayaan. Apa yg di capai itu lebih manis dan bermakna, yg memberi pengajaran hidup cukup berharga.
Wajah kesayangan Hamba,
Hapuslah air matamu,
Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dgn kukuh
Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar
yg lain mengkhianatimu..
" Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku "
( Yusof:86 )
Wassalamualaikum Warramatullahi Wa barokatuh....
Thanks






No comments:
Post a Comment